Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan di mana tekanan darah dalam saluran darah meningkat melebihi paras normal. Ramai tidak sedar mereka mempunyai tekanan darah tinggi kerana ia sering berlaku tanpa simptom yang ketara. Sebenarnya, tekanan darah tinggi adalah “silent killer” kerana boleh membawa kepada komplikasi serius seperti penyakit jantung dan strok. Simptom yang biasa dikaitkan dengan tekanan darah tinggi termasuk sakit kepala, pendarahan hidung, dan rasa pening. Namun, simptom-simptom ini hanya muncul apabila tekanan darah sudah berada di tahap yang sangat tinggi. Anda mungkin terdedah kepada risiko tekanan darah tinggi jika mempunyai sejarah keluarga yang menghidapnya. Gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman, pemakanan tinggi garam, dan tekanan berlebihan juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Dalam entri petang nanti, kita akan bincang lebih lanjut tentang punca-punca utama tekanan darah tinggi serta faktor risiko yang ramai tidak sedari. Jangan le
Pengedar Shaklee Terpantas di USJ, Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan Puchong. Tepat, Mudah Dan Cepat.