20 September, 2014

7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Vitamin

Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera.. Diam tak diam bulan September ni masuk bulan ke-6 saya berniaga kecil-kecilan selepas resign dan duduk di rumah bersama sepasang putera dan puteri saya. Kiranya sekarang ni saya WAHM (Work At Home Mama) lah! Dah 6 bulan berbisnes ONLINE tapi baru hari ni nak BLOGGING? Sebenarnya dah pernah ada blog tapi memandangkan blog itu (tak malu nak bagi link jugak hehe..) asyik dibiarkan bersawang dan saya pun malas nak edit since Shaklee dah keluarkan P & R baru dalam berbisnes online, makanya saya ambil peluang (Ya, kena selalu positif! Ini peluang, bukan halangan.. Peace!) ini untuk upgrade blog saya kepada www.shaina-shop.com selari dengan berdaftarnya ShAina Shop secara sah dengan SSM pada 6 Ogos lalu, Alhamdulillah.. 

Work At Home Husband Shaina Shop
GAMBAR HIASAN SEMATA-MATA: workstation saya untuk menjalankan bisnes online ini ;-) terima kasih suami di dalam gambar! 

Saya menjalankan perniagaan menjual suplemen SHAKLEE untuk kesihatan (tak kiralah nak sihat apa pun hehe), menjual produk kecantikan dan kosmetik (SF BEAUTY & BEDAK ARAB), serta menjual kelengkapan penyusuan jenama AUTUMNZ. Saya bermula sebagai pengguna kepada semua produk jualan saya, dan bila mana saya telah berpuas hati, saya kongsikan melalui bisnes online saya ini. Saya mula mengamalkan suplemen Shaklee semasa berpantang anak kedua di mana masa tu saya ada masalah susu drop dan tak sedap badan sebab penat uruskan dua orang anak yang masih kecil. FYI, yang sulung baru 1y2m masa saya deliver anak kedua, so bayangkan la betapa ligatnya dia waktu tu dan masih ligat juga sehingga hari ni hehe..

Itu salah satu sebab mengapa saya ambil suplemen. Ok, mesti ramai yang kata, "Saya tak menyusukan anak, buat apa saya nak ambil suplemen?", "Saya belum kahwin, takde anak lagi pun, buat apa saya nak ambil suplemen?", "Saya sihat, tak sakit apa pun, buat apa saya nak ambil suplemen?" dan macam-macam lagilah. So kalau anda nak tau mengapa perlu anda ambil suplemen, jom baca 7 sebab di bawah & pertimbangkanlah sama ada anda perlukan suplemen ni atau tak.

PERTAMA:
Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

KEDUA:
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buahan dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga, dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

KETIGA:
Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

KEEMPAT:
Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

KELIMA:
Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

KEENAM:
Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

KETUJUH:
Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Dah baca? Nak amalkan suplemen? Jom dapatkan produk Shaklee sekarang juga.. SHAKLEE ADALAH SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN & SENTIASA MESRA ALAM ;-)


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...