19 November, 2013

Cara makan supplement shaklee yang betul

Alhamdulillah sehingga hari ini masih dikurniakan umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat. Sebelum memulakan hari yang ceria terutamanya pada musim cuti sekolah ini, adalah lebih afdal sekiranya dipanjatkan kepada Allah swt agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan hari ini. Jom solat dhuha sekejap.


Produk-produk Shaklee yang selalu habis di pasaran

Saya nak kongsikan produk Shaklee yang diambil seharian. Mungkin sedikit berbeza dengan orang lain tapi matlamatnya tetap sama, nak mencegah daripada terkena penyakit. Bila dah sakit juga, redha sahajalah. Anggaplah Allah nak hapuskan dosa-dosa dari diri. Kifarah.


tips dari admin shaina shop


Sebelum Sarapan

Selepas bangun pagi sebelum sarapan, saya akan mengambil satu sudu vivix. Saya guna sudu plastik putih bersaiz ala-ala sudu teh. Vivix ni senang meleleh keluar dari botol, so sudu plastiklah penyelesaiannya.
Tak percaya? cuba dulu. Info lanjut mengenai Vivix di sini.

vivix shaklee shaina shop


Ketika bersarapan dan selepas sarapan

Selepas atau semasa sarapan, campuran ESP dan mealshake. Kalau tak sarapan nasi lemak atau roti canai pun, minum ESP + Mealshake pun dah cukup mengenyangkan tahan sampai pukul 12.00 tengah hari. Minum 3 sudu ESP setiap hari sangat bagus untuk sistem imun tubuh badan. Ibarat foundation untuk bina sistem imun diri yang lain. ESP duduk dilapisan yang paling bawah, untuk kita susun binaan-binaan supplement di atasnya. Ikuti info lanjut mengenai ESP di sini untuk ESP dan di sini untuk Mealshake.
ESP Shaklee shaina shop Meal shake shaklee shaina shop

Selepas sarapan

Biasanya lepas sarapan nasi lemak atau dua roti canai kosong saya akan ambil 3 biji alfalfa complex & 1 biji zinc complex. Alfalfa terkenal dengan fungsi detokskan bahan bertoksin keluar dari tubuh badan. Baca kebaikan Alfalfa di sini. Manakala zinc pula salah satunya berfungsi ia boleh melebatkan rambut. Jadi kalau orang yang bimbang rambut senang gugur, rambut banyak gugur, nak cari jalan macamana mengelakkan keguguran rambut, boleh ambil zinc lebih sikit. Sini ada info zinc complex.

alfalfa complex shaklee shaina shopzinc complex shaklee shaina shop


Selepas makan tengah hari

Kemudian lepas makan tengah hari lauk kari ayam dengan sambal ikan tumis, dipadankan lagi dengan sayur pucuk paku cili api dengan sambal belacan, memang terangkat pinggan dari meja. Mak mertua lalu belakang pun tak perasan. Produk shaklee yang diambil selepas makan tengah hari ialah Vitalea, Vita C, dan B-complex. Kalau cukup makan 2 mangkuk sayuran hijau, tak perlu ambil Vitalea. Kalau tak cukup, then baru amik satu biji. Vitalea adalah Multivitamin. Baca info Vitalea di sini. Vitamin C pula mudah hilang dari badan, jadi Vita-C dengan ciri-ciri sustain release, maksudnya dia larut sikit-sikit, tak larut sekaligus bila telan. Jadi 500mg vita-c tahan untuk 5 jam. 1 jam larut 100mg sahaja. Canggih betul Vita-C ni. info pasal Vita C di sini. B-Complex memang terbaik. Indikator badan kita cukup vitamin B ialah, bila kita buang air kecil, warna air kencing yang kuning bersih. Kalau air kencing warna kuning perang tu nampaknya macam tak cukup minum air. Kena banyak minum air suam. Itu cuma nak tahu sahaja, tapi kebaikan B-Complex yang lain boleh dibaca di sini.

vitalea shaklee shaina shop


Selepas makan malam dan sebelum tidur

Selepas makan malam sejurus sebelum tidur, saya akan makan sebiji omegaguard dan Vita-E. Omega guard untuk cegah kolesterol tinggi yang boleh menyebabkan migrain dan katarak. Nak tahu apa lagi kebaikan Omegaguard? baca selanjutnya di sini. Vita-E pula adalah vitamin kasih sayang suami isteri. Sangat-sangat afdal diambil pada malam jumaat. Di antara kebaikan vita-E ialah dapat mengeratkan hubungan suami isteri di samping menjadikan sang suami gagah perkasa tanpa perlu mengambil produk kuat yang diperbuat dari bahan sintetik di pasaran yang diketahui selain membahayakan, malah merisikokan salah satu asbab hikmah perkahwinan. Baca selanjutnya di sini.

omega guard shaklee shaina shopvita E complex shaklee shaina shop


Waktu-waktu lain 

Selain dari waktu-waktu yang dinyatakan di atas, ada juga waktu-waktu tertentu yang sesuai untuk mengambil produk shaklee antaranya Nutriferon, garlic, carotomax dan performance drink.

Nutriferon sesuai diambil bila badan rasa mula nak demam, tekak mula rasa sakit, rasa nak mula selesema, dan macam-macam lagi rasa bila badan nak sakit, boleh ambil satu sachet nutriferon. Saya jarang campurkan dalam air. Lepas koyakkan satu sachet, terus telan mentah-mentah. Kalau tak lalu telan mentah-mentah, boleh larutkan dalam secawan air suam dan minum sampai habis. Info tentang Nutriferon di sini. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

nutriferon shaklee shaina shop


Garlic Complex macam pil panadol. Tapi sekarang, orang dah makin sedar bahaya panadol. Info tentang bahaya panadol boleh didapati di sini: www.panadol.com/info. Ubat tradisional orang dulu-dulu kalau badan mula rasa tak sedap mereka akan telah seulas bawang putih. Sama juga dengan Garlic complex, telan sebiji untuk cegah demam, selesema dan batuk dari berterusan. Baca infor garlic complex di sini.



Carotomax pula sesuai diambil oleh orang yang nak cegah mata rabun. Kalau pergi check mata, optometris tu kata ok tuan/puan power sekarang 150, so kalau takut kena pakai cermin mata, ambil carotomax sebiji setiap hari selama 6 bulan. Insha Allah power tu akan turun dan worst case, ia akan kekal tak naik-naik. Saya sendiri adalah testimoni bergerak untuk produk carotomax. Saya mula pakai cermin mata pada usia 16 tahun. Tapi selepas terjumpa dengan carotomax, saya tidak lagi memakai cermin mata. ketika itu usia saya adalah 23 tahun. pada waktu itu carotomax dikenali sebagai beta-carotene. sekarang shaklee dah upgrade kandungan beta-carotene dan jadilah dia dengan nama baru iaitu carotomax. info carotomax di sini.



Performance Drink sangat sesuai untuk mereka yang mencari alternatif untuk 100 plus. Seperti minuman bertenaga yang lain, sangat berguna di saat anda ingin mengelakkan rasa mengantuk terutamanya ketika sedang memandu jarak jauh di lebuhraya. Baca kebaikan Performance Drink di sini.

performance drink shaklee shaina shop


Ikuti tips-tips seterusnya dalam artikel saya yang bakal diterbitkan tak lama lagi ataupun hubungi saya menerusi nombor yang tertera di bawah sekiranya info vitamin yang anda cari tiada di dalam entri ini.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee. Dapatkan info lanjut di SINI atau terus klik SINI untuk mendaftar.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...