24 July, 2013

Rakan niaga diperlukan: Register Shaklee semudah 1-2-3 di sini.

Menjadi member shaklee membolehkan anda membeli produk Shaklee di mana-mana cawangan seluruh Malaysia dengan menggunakan ID sendiri ataupun orang lain dengan harga member (murah berbanding harga retail). Menjadi rakan niaga di sini pula bermaksud sekiranya anda berminat untuk menjadikan shaklee sebagai punca pendapatan sampingan anda, saya cadangkan anda agar meneliti beberapa faktor berikut:


shaina shop Shaklee Independent Distributors picture


1. Saya cuma nak join untuk dapatkan harga members. Tak minat nak buat bisnes. 

Jawapan: Terpulang pada kehendak individu, anda yang menentukan hidup anda sendiri. Tidak ada pening kepala, tidak ada paksaan. Boleh jadi member juga dan kami boleh proses pendaftaran seperti biasa.

2. Sekarang ni dah ada ramai orang yang buat shaklee, kawan-kawan saya pun ramai yang buat. Ada yang cuba approach saya untuk ajak saya buat. Saya pun nak buat jugaklah. tapi saya tak pasti nak join dengan siapa. 

Jawapan: Bergantung kepada tujuan anda untuk join Shaklee, sama ada untuk makan produk ataupun buat bisnes, pilihlah rakan yang anda rasa mampu untuk membantu anda menyusuri ranjau dalam perniagaan. Bisnes Shaklee sama seperti bisnes konvensional yang lain, adakalanya kencang, adakalanya surut macam air laut surut nun di sana. Banyak cabaran dalam menjalankan perniagaan. Boleh google untuk dapatkan cerita ranjau onak berduri dan sebagainya. Cerita kat sini sampai esok pun tak habis. Pilih rakan bisnes yang sedang naik. Sekurang-kurangnya ada sedikit pencapaian yang boleh dibanggakan.

3. Ada dua orang rakan baik saya yang membuat bisnes Shaklee. Bezanya, seorang buat secara part time, seorang lagi buat secara full time. Mana satu lebih afdal?

Jawapan: Jika anda berada di persimpangan dilema seperti ini, saya cadangkan anda buat solat istikharah. (wah.. nak buat bisnes pun kena buat solat istikharah? ingatkan nak kahwin saja kena buat solat tu) Bukanlah niat saya untuk menidakkan peluang antara mereka, tetapi adalah lebih mujarab untuk anda memilih untuk menyertai rakan anda yang menjalankan perniagaan ini secara full time berbanding part time. Mengapa? Mereka yang menjalankan bisnes ini secara part time terpaksa bekerja 2 kali ganda lebih berbanding orang lain. Sekiranya kerja lebih 2 kali ganda ini gagal dicapai, kemungkinan besar timbul masalah untuk anda juga pada masa depan nanti apabila anda ingin mendapatkan bantuan, nasihat dan respon secara "on-the-spot" tidak dapat dipenuhi.

4. Mana lagi bagus? Join Shaklee dengan jadi member dibawah Master ataupun join member dibawah rakan yang belum master?

Jawapan: Join direct dibawah Master belum tentu dapat menjadikan anda Master seperti beliau. Ia bergantung dengan usaha sendiri juga. Master sudah ada network yang sangat besar. Ramai lagi yang harus diberikan perhatian dan dibantu terutamanya kumpulan-kumpulan besar dibawahnya dimana mereka ini memerlukan nasihat beliau lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan ini memberikan peratusan yang besar dalam bahagian bonus Master tersebut. Dibandingkan anda seorang yang baru ditambah pula belum pandai "membawa diri" jadi faham-faham sahajalah bahagian masa yang dapat diperuntukkan untuk anda. Berbeza dengan join dengan rakan sendiri yang anda yakin boleh membantu anda menjadi Master ataupun mendapatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM600,000.00 setahun (Master lah tu) beliau mungkin dalam perjalanan menuju ke pangkat Master. Yang pastinya beliau sedang berusaha mendapatkan Master dan memiliki pengalaman yang sesuai untuk anda jadikan panduan. Ditambah lagi dengan tahap kesibukannya sekarang tidaklah seteruk Master, masa memberikan perhatian kepada anda adalah lebih berbanding kes tadi. Selebihnya, bergantunglah kepada usaha diri sendiri. Lagipun, rakan kita yang belum master ni tentu diatasnya ada beberapa lagi orang yang boleh mengajar kita. Mungkin diatasnya ada Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator malah Master yang sudah pasti sarat dengan ilmu dan pengalaman yang boleh juga anda gunakan. Kalau join direct dengan Master, dengan siapa aje yang boleh kita jadikan rujukan? Jawapannya: Master tu seorang? Master punya Master boleh tak ajar saya? Jawapannya: Wallahu alam

Harapan saya dapatlah membantu anda menghuraikan segala kekusutan yang sedang bermain di kepala anda sekarang.



Pendapatan tahunan untuk pengedar bebas Shaklee Shaina Shop
Pendapatan tahunan untuk pengedar bebas Shaklee (SID)


Pangkat saya ketika ini adalah Coordinator dan sekarang saya sedang menjalankan bisnes Shaklee secara full time disamping mengajar anak-anak bisnes saya untuk menjalan bisnes ini dengan lebih berkesan. Ada diantara mereka yang sudah mencapai pangkat yang sama dengan saya, dan kebanyakkan mereka adalah Supervisor dan Independent Distributor. Pengalaman, teknik dan taktik perniagaan yang tidak seberapa ini saya kongsikan dalam fb group yang akan saya jemput anda kedalamnya sekiranya anda berminat untuk menyertai bisnes ini dengan saya. Buat keputusan dengan bijak, selebihnya proses pendaftaran kita boleh pm-pm saja detailsnya.



Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang perniagaan ini. Saya merupakan pengedar sah Shaklee sekitar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong.

Pengedar sah Shaklee anda:
☺ ID Shaklee: 865473
✍ FB: Wardah Aina
⌨ FB Page: ShAina Shop
✆ Call/SMS/WhatsApp: 016-2223767
➲ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong

DISCLAIMER:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...