Meningkatkan selera makan anak. Bagaimana caranya?


Jika Anak kita hilang selera makan bagi anak-anak yang berusia 2 hingga 6 tahun, perkara ini biasa berlaku.
Tentu sekali ia meninggalkan rasa bimbang dan gusar di hati ibu bapa (ibu lah terutamanya) kerana takut anak kurang nutrisi, atau nanti mereka tidak membesar dengan baik dan sempurna.

Oleh itu, apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan anak kita kurang selera makan?

1. Apabila anak kita meningkat umurnya, selera mereka turut berubah. Ada makanan yang sangat digemari dan ada juga yang sangat tidak digemarinya.
Penyelesaian: Kita sediakan makanan yang seimbang dengan cara cara yang menarik untuk anak-anak kita. Contohnya membuat potongan timun berbentuk love, membuat karektor kartun kegemaran dan sebagainya.

2. Apabila anak kita sedang sakit, demam atau yang sama waktu dengannya, selera makan mereka juga akan turut menurun.
Penyelesaian: Kita perlu menyediakan makanan mengikut keperluan anak tersebut.

3. Membina pengalaman waktu makan yang tidak seronok. Misalnya anak-anak sering dipaksa untuk makan.
Penyelesaian: Kita boleh menjadikan waktu makan anak-anak adalah suatu aktiviti yang sangat menggembirakan mereka. Makan bersama-sama mereka, memuji mereka bila mereka dapat mengosongkan pinggan mereka dan jangan sesekali memaksa mereka menghabiskan makanan mereka.

4. Apabila anak kita telah memakan snek di antara waktu makan utama.
Penyelesaian: Kita boleh tetapkan waktu makan anak-anak dan elakkan mereka dari memakan makanan rapu di antara waktu makan yang utama.

5. Apabila anak kita menghadapi masalah kesihatan seperti anemia, kekurangan nutrisi dan sebagainya.
Penyelesaian: Kita perlu menjalankan pemeriksaan ringkas mengenai corak pemakanan anak kita dan apa jenis makanan yang diambilnya. Sekiranya berpunca dari makanan yang disediakan di rumah, ubah cara penyediaan dan menu agar ia dapat memenuhi keperluan nutrisi anak. Kita haruslah membawa anak kita berjumpa pakar jika simptom tersebut masih berterusan.

Apa yang sepatutnya kita selaku ibubapa harus lakukan apabila anak-anak kita mengalami hilang selera makan?
1. Ceritakan tentang kebaikan dan kelebihan makanan-makanan yang patut diambilnya.Anak-anak kita suka dengar cerita dongeng, kaitkan dengan makanan.
2. Biar anak kita tentukan bila masanya yang dia berasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.
3. Sediakan makanan dan snek berkhasiat di rumah. Mengelat sedikit dengan menyimpan makanan jajan untuk memujuk mereka tidak salah tetapi cuba elakkan dengan sedaya upaya.
4. Sediakan minuman yang berkhasiat, rendah kandungan gula serta tinggi nilai nutrisi seperti Yakult.

Apa yang tidak patut dilalukan oleh kita sebagai ibubapa?
1. Jangan berikan makanan rapu kepada anak. Kadang-kadang dalam waktu darurat, dibolehkan tetapi sedikit sahaja.
2. Elakkan dari memberi anak makan snek ‘sambil tunggu nasi masak’ dengan kadar yang banyak. Cukuplah dengan memberi sekeping dua biskut.
3. Jangan ugut anak sekiranya dia tidak mahu makan. Ugut-mengugut itu budaya negatif.
4. Jangan paksa anak dengan memasukkan makanan ke dalam mulutnya secara paksaan. Kasihanilah anak-anak kita kerana mereka itu adalah ahli syurga.

Ibubapa perlu kreatif dalam menarik minat anak untuk makan. Dan juga harus tahu bila perlu mendapatkan nasihat dari pakar apabila anak enggan makan.
1. Apabila anak tidak membuang air kecil melebihi 8 jam
2. Apabila anak kelihatan tidak bermaya dan kurang sihat
3. Apabila keadaan disebut di atas berterusan hingga seminggu
4. Apabila anak enggan minum air masak
5. Apabila naluri ibu berkata “Saya perlukan nasihat seseorang!”

Sekiranya anak kita hilang selera kerana masalah kesihatan – BERJUMPALAH DENGAN PAKAR
Sekiranya anak hilang selera kerana kerana kurang nutrisi, anda boleh membantunya dengan Mealshake DAN sediakan makanan seimbang, elakkan junk food agar anak dapat khasiat makanan yang secukupnya.
Meal Shakes boleh diteruskan sebagai minuman sihat TAPI bukan untuk menggantikan makanan berkhasiat. Sebagai ibu elakkan dari menjadikan makanan rapu ataupun orang jawa biasa memanggilnya sebagai jajan kepada anak-anak, sediakan buah-buahan sebagai gantinya.


Credit to: http://vitaminsemulajadi.com/selera-makan-anak-bagaimana-nak-meningkatkannya/


Contact for March 2013 special price:
♥ FB Personal: Wardah Aina
♥ www.shaina-shop.com
♥ FB Page: ShAina Shop
♥ Email : admin@shaina-shop.com
♥ Call/SMS/WhatsApp : 016-2223767
♥ COD Area: Subang Jaya, Shah Alam & Petaling Jaya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advance Search