28 March, 2013

11 Tips untuk mengurangkan berat badan dengan cepat

Semakin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti. Oleh itu, hari ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk mengurangkan berat badan dengan cepat.

Get in shape!
Berpandukan statistik yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Seperti kebiasaan yang boleh dijangkakan, statistik ini bertambah dari tahun ke tahun. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat:

1. Cuba kunyah makanan lebih lama dari biasa. Mungkin ini kedengaran agak janggal tetapi hakikatnya dengan cara ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang dan secara automatiknya anda akan berdiet.


2. Cuba kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Ambil makanan yang mengandungi kadar lemak yang rendah. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti minuman berkarbonat di dalam tin, kuih muih yang manis, dan jajan atau makanan ringan.


3. Untuk menghilangkan rasa lapar, makan sedikit nasi tetapi makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Cara ini terbukti berkesan kerana perut akan berasa cepat kenyang.


4. Elakkan dari mengambil makanan pada lewat malam. Jika anda tergolong di dalam golongan ini, cuba kurangkan pengambilan makanan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.


5. Sekiranya anda terjaga lalu terbangun dari tidur pada waktu malam dan berasa sangat lapar, segera minum air masak atau makan buah seperti kurma, epal atau pisang.


6. Kalau boleh jangan sampai terlepas atau sengaja melambat-lambatkan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan atau apa jua alasan sibuk dengan urusan duniawi. Sebenarnya, anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.


7. Anda perlu mengawal nafsu makan kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.


8. Sekiranya kesemua tips di atas telah dicuba dan anda masih gagal mengawal nafsu makan, cubalah 'set kurus' dan memakannya mengikut cara yang diajar oleh perunding nutrisi anda.


9. Walaubagaimanapun, anda boleh mengambil pil diet untuk mempercepatkan lagi proses penurunanberat badan. Namun begitu, ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.


10. Aktifkan diri dengan aktiviti fizikal yang tidak mencederakan otot. Latih diri dengan senaman yang paling mudah. Berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Tidak semestinya anda harus ke gym atau pergi berjogging. Matlamat utamanya adalah untuk membakar kalori. Memarkir kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju juga boleh diamalkan dan biasakan diri untuk menggunakan tangga daripada lif.


11. Tekadkan hati untuk membuat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali selepas bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja atau sebelum mandi.. Bermula dengan kiraan 5, 10 dan kemudian tingkatkan lagi. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set untuk maksimumnya. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang six pack.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...